Peraturan-peraturan
PERMOHONAN KENDERAAN
  1. Kenderaan Jabatan adalah untuk membawa anggota Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan sahaja. Penumpang-penumpang selain dari yang dinyatakan dalam permohonan adalah     diluluskan mengikut kepentingan perkhidmatan bagi penggunaan kenderaan tersebut.
  2. Sila kemukakan permohonan untuk menggunakan kereta, van dan MPV selewat-lewatnya 3 hari sebelum penggunaan kenderaan dan bagi bas dan lori     hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya 1 minggu sebelum penggunaan. Kelewatan mengemukakan permohonan tidak akan dipertimbangkan kecuali     terdapat kekosongan penggunaan kenderaan pada waktu tersebut.
  3. Pengagihan penggunaan kenderaan adalah atas budi bicara Unit Pentadbiran, Bahagian Pengurusan.
  4. Bahagian ini boleh membatalkan mana-mana tempahan kenderaan yang telah diluluskan sekiranya terdapat keperluan tugas yang lebih mendesak.
  5. Pegawai yang menggunakan kenderaan jabatan tidak layak membuat tuntutan perjalanan tersebut.
  6. Penggunaan kenderaan adalah untuk urusan rasmi kementerian sahaja. Permohonan penggunaan bas dan lori untuk urusan peribadi / Kelab/ Persatuan     boleh dipertimbangkan sekiranya pihak penganjur/permohon bersetuju menanggung kos perbelanjaan minyak, tol jalan, insurans kepada penumpang dan     elaun makan serta penginapan kepada pemandu-pemandu.
     
   
     

footer